Bolehkah Kita Berteman Dengan Jin ?



 Bolehkah Kita Berteman Dengan Jin





Assalamualaikum Wr.Wb
Selamat Pagi Saudaraku. Semoga Pada Pagi Yang Cerah Ini Anda Saudara Saudaraku Semua Diberi Kesehatan & Dilancarkan Rizkinya.. Amin.....


Oh Iya Saudaraku Kemaren Siang Ada orang bertanya bolehkah manusia berkawan dengan jin islam khadam (Khodam)  yang taat kepada Allah untuk jaga keselamatan diri dan keluarga dari disihir orang. Apa-apa pun semuanya dari pertolongan Allah juga, cuma mereka ni perantara kita dgan Allah SWT sahaja. Yang menentukan hanya DIA. DIA yang berkehendak kena sihir ke tidak. Adakah dibolehkan?


 Alam hidup jin berbeza dengan alam manusia. Kita tidak boleh melihat mereka dengan mata kasar tetapi mereka boleh melihat kita. Sejarah kewujudan jin ini diketahui sekembalinya Rasulullah SAW dari Taif selepas hampa kerana kerja dakwahnya ditolak oleh penduduk Bani Thaqif di situ. Dalam perjalanan pulang, baginda berhenti solat di satu tempat sambil membaca surah Jinn. Peristiwa itu kemudiannya membawa kepada pengislaman sekumpulan jin berkenaan yang asyik mendengar Nabi membaca al-Quran. Sebab itu, sehingga kini ada Masjid Jin di Mekah sebagai mengenang peristiwa tersebut. Ini juga bererti terdapat jin Islam dan jin kafir. Persoalan yang timbul bolehkah manusia menjalin hubungan dengan jin?

Hubungan jin dan manusia ini kalau pun boleh ia adalah amat sukar kerana manusia dan jin tidak serasi. Manusia diciptakan daripada tanah sedangkan jin daripada api. Malah tabiat dan amalannya juga jauh berbeza. Walaupun ada jin Islam, ia mungkin Islam dari segi akidah tauhid tetapi dari segi tingkah laku, makan minum dan rupanya ia amat jauh berbeza dengan manusia. Makhluk ini tidak tahu budaya manusia dan perbuatan seperti memindahkan manusia dari rumah ke hutan, misalnya, adalah biasa dilakukan oleh jin dan ia tidak dianggap salah. Hubungan dengan jin boleh berlaku melalui beberapa amalan khurafat oleh golongan yang berkehendakkan bersahabat dengan jin.

Antara amalan tersebut adalah menjamu pulut semangat, tepung tawar, puja pantai dan puja semangat padi. Satu lagi unsur penting yang terlibat dalam proses ini adalah pemujaan termasuk menyembelih binatang dengan bacaan mentera tertentu.

Golongan ini mempercayai jin boleh berbuat sesuatu yang mustahil, mengetahui segala perkara sedangkan apa yang mereka minta itu di luar keupayaan jin. Ini sebenarnya menambahkan lagi kesusahan kepada manusia selain menyesatkan daripada jalan yang benar dan terpesong daripada hidayat. Kalau kita boleh berinteraksi dengan jin pun, kita ragu entah betul atau tidak apa yang disampaikannya. Bahasa yang digunakan juga mungkin berbeza dengan percakapan harian kita. Hakikat Jin lebih takut kepada manusia sebagaimana yang disebut oleh Imam Mujahid: "Sesungguhnya jin-jin itu sama takut kepada manusia sebagaimana manusia itu takut kepada jin."

Imam Harun bin Abdullah Al-Bazar pernah meriwayatkan suatu kisah yang dialami Abu Syura'ah, katanya: "Pada suatu malam Syeikh Yahya bin Al-Jazzat melihat aku sedang ketakutan, sehingga aku tidak berani memasuki lorong. Maka beliau berkata, "Sesungguhnya sesuatu yang kamu takuti itu lebih takut kepadamu." Ada riwayat lain oleh Ishak bin Ibrahim dari Muhammad bin Jabir dan Hamad dari Mujahid, katanya: "Jin itu lebih takut kepada manusia berbanding takutmu kepada jin. Oleh itu bila kamu diganggu jin, maka janganlah kamu lari. Sebab bila engkau lari ketakutan, maka jin itu akan menjadikan dirimu sebagai kenderaannya.
Oleh itu jelaslah bahawa jin sebenarnya takut kepada manusia. Untuk lebih jelasnya berikut adalah beberapa keterangan Al-Qur'an berhubung dengan tunduknya jin kepada manusia.

"Dan Kami telah tundukkan (kepada Sulaiman) segolongan syaitan-syaitan yang menyelam (ke dasar laut) untuk mengerjakan perintahnya; dan adalah Kami memelihara mereka iiu. " (Al-Anbiya': 82).

"Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung, lalu mereka itu berbaris dengan tertib." (An-Naml: 7).

"Dan sebahagian dari jin ada yang bekerja di bawah kekuasaan (Sulaiman) dengan izin Tuhannya. Dan sesiapa yang menyimpang di antara mereka dari perintah Kami, Kami rasakan kepadanya azab neraka yang apinya menyala-nyala. Jin-jin itu membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dari bangunan-bangunan yang tinggi dan patung-patung dan periuk yang tetap (berada di atas tungku). Bekerjalah hai keluarga Daud untuk bersyukur." (Saba: 12-13).

Oleh itu ada golongan yang memberi alasan dan berhujah membolehkan membela/bersahabat dengan jin ini sebagaimana hubungan Nabi Sulaiman dengan jin. Benarkah?

Membela atau bersahabat dengan jin untuk mendapatkan sesuatu daripadanya adalah salah dalam Islam. Apa yang berlaku pada zaman Nabi Sulaiman, baginda telah diperintahkan melalui wahyu Allah kepadanya di mana dengan menggunakan khidmat jin, beliau memindahkan istana Puteri Balqis. Kita tidak boleh menerimanya kerana Nabi Sulaiman tidak meninggalkan syariatnya sebagaimana yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad.

Islam melarang bersahabat dengan jin walaupun untuk mendapat maklumat atau menggunakan khidmatnya untuk masyarakat atau untuk membantu kita mengatasi masalah perbuatan sihir dan sebagainya. Perkara ini boleh berlaku tetapi ia masih memerlukan kepada aspek pemujaan sebagai penghubung untuk memanggil jin-jin. Jin pun ada nafsu yang mahu dirinya dipuja. Proses interaksi ini juga bukan semudah yang disangka dan kaedah pemujaan beginilah yang dibimbangi oleh membawa kepada syirik. Apabila kita memuja jin, mereka akan menjadi lebih sombong dengan kesesatannya lebih-lebih lagi apabila sampai ke tahap jin disembah sebagai Tuhan kerana manusia mencari perlindungan daripada mereka.

Kegiatan pawang, ahli nujum dan sesetengah bomoh jin yang mengubati pesakit melalui jin adalah sebahagian amalan yang menyusah dan menyesatkan hidup manusia sendiri. Malah perbuatan bertenung nasib itu adalah salah satu dosa besar dalam agama. Saya tidak nafikan ada juga bomoh yang betul tetapi jin selalunya akan berbohong terutama apabila gagal menunaikan permintaan manusia.

0 Response to "Bolehkah Kita Berteman Dengan Jin ?"

Post a Comment